Shades of Purple Night
Assalamualaikum and hello to uolls. So selepas seminggu lebih dah berlalu barulah nak update pasal malam last aku as Asasi UUM. Finally selepas 3 semester bertungkuih-lumuih menghabiskan pengajian di peringkat asasi, kami semua telah diraikan pada malam tersebut.
Pada tanggal 30 April 2017, bertempat di TH Hotel, Alor Setar, Kedah, kami semua diraikan dengan cukup meriah sekali.*apa pasal ayat aku skema semacam ni👀* Sebenarnya inilah acara yg di tunggu-tunggu oleh semua orang sebab time dinner ni la semua org nak pakai lelawa, segak segak dan lain-lain. Tapi ada juga golongan yg mcm aku dimana makanan adalah tujuan utama aku.*ke aku sorg je. hmm* Hehehe. So masa dinner ni la nampak yg tak pernah pakai make-up pun pakai make-up. Semua orang cantik and handsome malam tu.*nak cakap diri sendiri cantik sebenarnya😏*
Aku datang TH Hotel bukan dengan bas sbb abah aku yang hantar jadi aku pun sampai awal. Awal Sangat!. Sebab diorg kata ada briefing la apalah so aku takut lambat jadi suruh la abah aku hantar awal. Sekali sampai sampai orang pun takde. Hahaha. So lepas beberapa minit aku tunggu dorg yg lain pun sampai. Memula tu sebelum masuk kena daftar nama dekat kaunter sebab nak tau seat no berapa. Then, masuklah kami ke dalam dewan yg telah dihias indah dengan warna purple. Oh lupa nak bagitahu tema dinner kitaorang adalah SHADES OF PURPLE.
This is Ain and Me. Ain sangat pediam!
Fireflies Band. Syafiq yg pegang gitar putih tu.
Tapi masa dia suruh amik makanan tu budak band nak perform dulu. Di sebabkan Syafiq *one of my classmates* suruh aku rakam video dia buat performance tu terpaksa la aku tunggu jap sebab nak kena rakam. Eh macam marah pulak bunyi haha. K tak marah pun. I really enjoy their performances. Best gila! Superb la!
Then, finally aku pun dapatlah amik makanan. Apa lagi terus cabut aku kebelakangan nak amik makanan takut makanan habis hahahaha. Menu malam tu memang terbaiklah aku cakap, yang paling terkesan sampai sekarang adalah daging dia. I dunno either kambing or lembu tapi sedap sangat!*tak boleh move on*. Semua benda aku ambik sebab aku jenis yg kalau dah duduk malas nak bangun jadi sebelum duduk aku pergilah amik semua jenis makanan dari yang main course sampai ke dessert. After that, baru aku duduk and start makan dengan happynya. Then kelas kitorg punya turn pun sampai utk amik sijil.
Inilah makanan yang aku ambil. Tak banyak pun. Huhuhu
After kelas kitorg dekat pentas tengah berlangsungnya sesi penyampaian sijil untuk budak 4 flat. So, aku tengok la diorg yg lain ambik. FIY meja aku depan sekali dan tepi sekali so memang senang nak nampak pentas and tempat aku membelakangi pentas, nak tak nak kena kalih muka bila nak tgok pentas. So aq pun tgok la dorg, tetiba! aq pusing balik daging yg aq tak habis lagi makan tu dah hilang! Orang hotel tu dah kutip. Masa tu aku rasa sedih gilerr sebab tak habis makan lagi. Padahal boleh je ambik lagi tapi I dunno why aku sedih sangat. Hahahaha.
Lepas VIP balik majlis pun jadi informal. Masa tulah sesi tgkp gambar bermula. Tangkap sana, tangkap sini. Aku pun tidak melepaskan peluang tersebut. Macam-macamlah ragam dan keletah manusia di waktu itu. *fuhh ayat karangan bahasa melayu*
Both of them name Farhana(h) and there are my beloved deskmate!💗
Kelaih hingaq!
Puan Azizah, even though she never taught me, but she's one of my fav lecturer!💘💖💓
Dinner ni habis dalam pukul 12.00. So seperti seorang cinderella, aku pun berjalan je nak lari tak larat perut penuh *hahaha* ke kereta abah sebab abah dah sampai. Maka itulah memori terakhir aku sebagai seorang pelajar asasi pengurusan di Universiti Utara Malaysia. Sekian.
ada muka saya huhu
ReplyDeleteMakanan tu nampak best gilaa!! Terliuq abih XD Hahaha.
ReplyDeleteMemang sedap hahaha makan sampai penuh perut XD
Deleteahahaha daging dh hilang hahahahahaha kak uyunnnn astoghfirullahh hahaha
ReplyDeleteTulaa sedih sgt and menyesal gak sebab tak ambik lain hahahahaha
DeleteFuhhh rindu TH Hotel. Grand dinner time f4 dulu pon dekat sini hahahaha
ReplyDeleteOh ya? Hahaha TH hotel cantik
Deleteingatkan makanan pon jadi shades of purples tadi. lulz.
ReplyDeleteNice to meet you :D
// afifahaddnan