Saturday, 11 February 2017

Drama Review: Goblin

Assalamualaikum and hello guys✋. Okay kali ni nak buat review pasal drama Goblin yang aku baru je habis tgok tgh malam semalam *tgh malam ke? pagi buta kot. ahahaha*. Sebelum tu meh aku lanje poster citer ni:



Ok aku tau citer ni dah lama dah keluar, aku je yg lambat sikit. Kekeke. Citer ni bagi aku sangat best sbb aku memang suka citer citer fantasy camni. So citer ni berjaya menarik minat aku dan membawa aku merentasi fantasi mereka. HAHAHA. Ayat takleh blah.πŸ˜‚ 





Cerita ni pasal Goblin yang mencari Bride dia utk tarik pedang keluar dari badan dia utk dia tamatkan riwayat hidup dia. Ok aku tau korg mesti tak faham kalau aku terang. HAHA. Sbb aku memang tak reti nak terang untuk cerita ni. So korg boleh la tgok sendiri cerita ni k. Aku bagi 10 out of 10 sbb genre dia kena ngan taste aku sangat sangat. Kat bawah nanti aku listkan why korg kena masukkan drama ni dlm korg punya watchlist. 



These are the reasons why korg kena tgok cerita nieh:

🌼 Sebab jalan cerita dia sangat menarik dan tertarik kau memang daboom!

🌼 Pelakon dia ialah Gong Yoo ngan Lee Dong Wook. Yg ni memang aku paling sukalah sbb dua dua my favourite. Ahahahahaha. K gatal. Tapi diorg berjaya menghidupkan watak mereka dengan baik sekali. Nak tau dorg jadi apa kena lah tgok sendiri. MUAHAHAHAHA.

🌼 Then, cinematography dorg sgt sgt superb. Lokasi penggambaran *eh ayat skema* dia memang sgt nice dan lawa giler!Thumbs up for the good work!πŸ‘

🌼 Lastly, semua Original Sound Track (OST) dia memang gempak giler habis. *pergh dia punya nak describe tu. haha.* Jadi siapa siapa yg kalau tgok cerita lepas tu gila kat OST dia boleh geng la dengan aku. HAHAHA. Penyakit aku bila habis tgok satu drama tu, aku akan dengar OST diorg sampai telinga tak boleh terima dah. Spesis tak boleh move on ni.😏


Scene yg paling takleh lupa yg aq rasa dorg memang handsome giler.

Punca segala punca yang buat aku melekat dengan cerita ni sampai habis.πŸ˜‚

Ok tu je yg aku boleh sharekan dengan korang pasal citer nie. Untuk sesiapa yg tatau Gong Yoo ni pun belakon dalam train to busan yang aku pernah review jugak sebelum ni. hehe. So apa tunggu lagi cepat cepat tgok. Bye bye!

Sini aku sharekan link kalau nak tgok drama ni:




Tuesday, 7 February 2017

Movie Review: Surga Yang Tak Dirindukan




Assalamualaikum dan Hello! Ok post lagi walaupun pagi tadi baru je post. Huhuhu✌. Sekarang ni aq nak share ngan korg satu filem best nie yg baru je siap tgok pagi tadi. Sebelum tu..

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Ok dah. Tu namanya jerit eksaited sebab nak share ngan korg tentang filem Surga Yang Tak Dirindukan nie. Aq cadangkan korg semua masukkan filem ni dalam watchlist. Aq tertengok cerita ni pun sebab sekarangkan tgh hot pasal Surga Yang Tak Dirindukan 2. Jadi sebelum tgok yg kedua kenalah settle kan yg pertama.

Image result for surga yang tak dirindukan

Cerita ni pasal sepasang suami isteri iaitu Prasetya (Fedi Nuril) dan Arini (Laudya Cynthia Bella) yg hidup bahagia pada mulanya. Sehinggalah sesuatu terjadi yang akan mengubah semua dongeng kisah kebahagiaan mereka. Kalau nak tau ceritanya lagi kena la tgok sendiri. Hehehehe.

Image result for surga yang tak dirindukan

First sebab aq suka cerita ni adalah kerana Fedi Nuril yang berlakon❤❤❤❤❤❤. Aq minat Fedi Nuril dari zaman ayat ayat cinta kot. Ohmai. Dan dia masih hensem mcm dulu. *dimata akulah*
Second, sbb jalan cerita dia memang best. Tak rugilah tgok. Sapa sapa yg suka drama drama ada part sesedih ni, aq memang sarankan tgok. Aq nangis terok kot.
Third, banyak pengajaran kita boleh ambik dari cerita ni.
Last, dia mengajar kita untuk menjadi bahagia kita kena membahagiakan.

Btw, cerita ni base on novel Asma Nadia. Tapi bila dijadikan cerita memang tip top lah. So cepat cepatlah tgok eh.😍 Sapa yang pernah tgok cerita ni bolehlah share pengalaman or feeling korg tgok cerita ni. Ececececeece. Tak sabar nak tunggu Surga Yang Tak Dirindukan 2 keluar 16 Februari 2017.

Nah lanje poster sikit:




K la sampai sini je sis share. Selamat menonton ya semuanya.

p/s: Sis dalam mood cerita indonesia la sekarang. Huhuhu.

Sem 2 dah habis! Kejadian sepanjang Semester 2

Assalamualaikum semua. Tau dah lama giler tak update blog. HAHAHHA. Ni semua sbb kemalasan di dalam diri yg tidak dpt dibendung oleh diri sendiriπŸ‘Š. So sekarang ni baru je start cuti sem 2. Alhamdulillah sekali lagi berjaya menghabiskan satu sem. Untuk Sem 2 ni subjek nya are really really tough for me lah. Utk org lain i dunno. So sekarang pon dah 2017 and i tak buat new year post pon sbb MALAS. MUAHAHAHAHHAHAHAHBila fikir diri dah 19 tahun rasa takleh terima kenyataan sbb rasa mcm dah tua sgt. Padahal 19 je pon. Kecoh betul la Nurin ni.😏

Ok untuk post ni nak terang sikit tentang this Sem 2 punya subjek for ASASI PENGURUSAN UUM untuk adik adik lepasan SPM yg ingin menyambung pelajarannya di Universiti Utara Malaysia. Actually best tau masuk UUM ni, macam macam ada and dia punya subjek takdelah susah mana pon *tapi sebenarnya sem 2 susah gak arr, bukan nak takutkan eh ni akak punya rasa huhuhuhuhu*

So kat bawah ni aq akan listkan subject for Sem 2.

#Basic Economics:

Untuk subjek ni aq boleh je sebab aq rasa benda ni seronok cause i minat la jugak economics ni tapi masa SPM dulu not perform well. Hmmmmm. Tu sbb malas tu dulu tu. Korg akan belajar lebih kurg je dgn subjek Ekonomi Asas masa form 4 n form 5 dulu. So better kalau ada nota EA tu boleh la bawak sbb boleh jadi rujukan even Basic Eco ni bahasa inggris but korg still faham. Terms dia jela berubah. Lecturer yg ajar subjek ni bestπŸ‘. Memang korg akan gelak selalu cause she is too funny and cute to handle πŸ˜‚. Dan aq plak memang jenis mudah terhibur. Ok tu jela kot.

#Introduction to Philosophy:

Ok first impression aq utk philo ni SUSAH. Tapi bila lelama belajar kau akan rasa subjek nie kind of unique. Sbb dia akan ajar korg berfikir fikir dan fikir. So kena tanamkan minat dalam diri tu. Aq pon memula tak minat benda alah but as time changes aq mula belajar menerima. *ceh! ayat mcm dalam novel* Hahaha. Sbbkan tajuknya pon falsafah maka lecturernya pon agak suka berfalsafah la. Dia best sbb suka share banyak giler info kat kitorg. Kat subjek ni la yg korg akan bukak minda korg. Ececececece. Ayaaaat. K la tu je kot.

#Intoduction to LAW:

Ni lah subjek yg aq paling tak suka dan paling ngantuk dan paling rasa nak nangis time jawab examπŸ˜“. Aq tak suka law huhuhuhuhu. Tu je yg mampu aq kata. Subjek ni korg kena hafal banyak benda. Sampai aq terfikir macam mana la org boleh amik LAW. Hebat giler dorg. SO kalau korg ada pasang angan angan nak sambung degree law bolehlah amik kat UUM. So utk adik lepasan SPM yg memang minat nak jadi lawyer and pursue korg punya studies dlm this course boleh mohon asasi pengurusan lah ye. Nanti isi UPU tu bubuh interview asasi pengurusan as number 1 punya choice in shaa Allah akan terpilih masuk UUM lepas iv nanti. But utk subjek ni la favourite lecturer aq for this sem. Sir sgt sgt sgt sgt lawak dan kebapaan gituuu. So I try to perform in this subject as much as i can. Huhuhu.

#Fundamental of Mathematics 2:

Kan sem 1 dulu ada gakkan maths. Sem 2 pon ada tapi belajar Statistics for the whole sem. Untuk this sem aq bolehlah sikit perform dlm maths walaupun still tak bleh jawab exam. RIP my paper maths. Ok taknak ckp pasal paper maths yg dah barai tu. Kalau korg suka statistics or maths korg mesti boleh punya. Lecturer yg ajar ni pon ok je sbb dia pon kelakar and sgt straightforward. So kekadang makan dalam diam diam je eh bila dia ckp.

#Management Accounting:

Disebabkan UUM kan universiti pengurusan maka akaun adalah one of the popular subject jadi this sem pon ada subject akaun. Yeay!πŸ™Œ. Saya suka akaun. Ni pon my fav subjectπŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“. Yg ajar dia still Tuan Haji so memang bestla baq hanggg. Kk over plak kita. So mesti korg nak taukan apa beza yg ni dengan finacial accounting. K beza nya financial kita belajar imbangan duga apa semua tu lah kan. Tapi utk management ni korg akan jumpa belanjawan tunai, varians semua tula. Tapi semua in english la. So ken adapt ngan terms terms in accounting dia. 

#Introduction to Computer Application:

Untuk subjek ni korg akan pergi LAB yeay! dan aq sangat suka ICT dari sem 1. Best tau bila dpt belajar pasal komputer ni. Bukan senang. So belajr la bersungguh sungguh. Assignment tak susah pon and enjoy la buat walaupun kekadang stress hahaaha. Lecturer dia sama je ngan sem 1 dulu. Dr. Fazilah sgt baik n caring ngan her students. Sama yg nak sambung dm bidng IT pon boleh mohon UUM tau.😀

#English for conversation:

BI still sama mcm sem lepas. Lecturer sama, kelas sama semua sama. Belajar je lain sikit. Sem 2 ni dia focus more utk MUET. Oh mai gad. MUET is just around the corner. next week speaking test MUET. Pray for me. Huhuhuhu. Takut. Tapi utk sem 2 ni dia takde final exam. So korg ada 6 subject je yg amik final.


Thats all je kot tentang my beautiful memories in sem 2. I managed to survive until habis sem ni walaupun rasa nak separa mati semua bila dpt assignment last minute and nak kena submit jugak. Stress stress pon alhamdulillah hidup lagi sampai sekarang. Biasa la life as students. Normal la bila korg ada rasa mcm stress, sedih, home sick bagai tu. K la tu je kot. Sapa nak baca my experience in Sem 1 boleh klik ni.

Untuk adik adik lepasan SPM yg tatau nak sambung mana, akak sarankan marilah masuk UUM. UUM best tau banyak festival. HAHAHAHA. Memanglah dia ada interview tapi kalau korg buat leklok time iv in shaa Allah dpt punya. Majority yg pergi iv dapat masuk UUM. So i wish good luck lah ye! Fighting!. Ada rezeki in shaa Allah dpt jumpa akak. Kekekekeke. Bye bye!πŸ’ž

p/s: All the best untuk Candidates SPM 2016 yg nak amik result tak lama lagi.πŸ’ͺ

Tuesday, 4 October 2016

Drama Review: W-Two Worlds

Taraaaaaa!! Ok sejujurnya aq baru tgok cerita ni malam semalam and aq habiskan semua episod dalam satu malam.*cerita ni ada 16 episod*. Arghhhhhh napa W-Two Worlds ni sgt sgt best. Huhu. Sis takleh move on dengan Kang Chul. Walaupun cerita ni dah lama habis tapi aq baru tgok sbb arituh sibuk nak final exam.



Oh Yeon Joo



Kang Chul >,<



W-Two Worlds

Ok cerita ni pasal dunia sebenar dengan dunia komik. Memula korg aq rasa seram giler sbb watak komik tu hidup. Aq pon tebayang yg semua komik yg aq ada kat umah ni hidup wataknya, sumpah seram. AHHAHAHA. Drama ni genre dia lebih kepada penyiasatan dan di selitkan dgn beberapa elemen romantik antara watak utama Kang Chul dan Oh Yeon Joo. 

Yang melainkan elemen romantik tu adalah love between person from real worlds and comic worlds. Itu yg aq rasa lain dan unique. Tambah tambah yg berlakon ni LEE JONG SUK, memang aq tgok la. AHAHAHHAHAAHA. Kalau korg nak tau endingnya kena la tgok sendiri. Huhuhu. Jalan cerita takyah cakap memang superb la aq ckp. Aq rasa penulis skrip cerita ni kreatif giler kot.

And OST dia pun best. Overall aq kasi 9.5 out of 10. Ni dari perspektif aq la. Jadi kalau korg ada nak share pape pasal cerita ni, best ke tak best ke boleh shared kat komen. Daaaaaa

p/s: I kennot move on lagi. Arghhhhhh. Tgh fikir ni nak sambung drama apa pulak.




 

I am Henlof Template by Ipietoon Cute Blog Design