Trip 2.0 with Le'18

Tuesday, June 20, 2017
Assalamualaikum and hello everyone! So minggu ni baru dapat semangat nak menulis semula. Hehehe. Kali ni nak share story pasal how I spent some of my cuti time. So a week before ramadhan started *nampak tak lamanya* member zaman sekolah dulu ajak pergi short vacation sesama. Nak dijadikan cerita benda ni rancang last minute. And this trip become 2.0 sebab trip 1.0 dah pernah buat and masa tu I'm still struggling to finish my foundation. Huhuhu

So masa tu the most eager person is Choi (bukan nama sebenar) and she asked in our group whatsapp sapa yg tengah cuti and free. Only several people reply to that including me. Because some of them, ada yang dah start kerja so macam susah nak mintak cuti apa semua. Then bila confirm balik semua adalah dalam 10 orang yang boleh. Then, terciptalah satu group whatsapp baru untuk this vacay. Kat group tula baru bincang nak pergi mana, buat apa semua semua tu lah. Bincang bincang then semua decide nak tidur rumah Jiah and jalan jalan area Sekinchan, Tanjong Karang dan Kuala Selangor.

Untuk pengetahuan aku dan Jiah tinggal di Tanjong Karang but aku tak pernah nak jalan area kampung sendiri. So dengan vacay nilah aku baru tahu macam macam benda yang ada dekat area aku sendiri. *sambil geleng-geleng kepala* Trip ni selama 3 hari 2 malam. Now, aku akan ceritakan apa je yang kitorang buat sepanjang bercuti ni. Trip ni adalah trip budget sebab bila kira kos perbelanjaan kitorang tak melebihi RM50 pun. Berbaloikan! Tapi ni sebab tak masuk duit penginapan sebab Jiah bagi tidur rumah dia tanpa bayar sesen pun.

So let's start! 

🍙 First Day 

Waktu pagi kitorg bertolak dari tempat masing-masing sebab ada yang duduk Bangi so bagi diorang yang jauh jauh memulakan perjalanan untuk sampai ke Tanjong Karang. Transportation kitorang ialah dua buah kereta iaitu satu kereta di bawa oleh Husna satu lagi di bawa oleh aku *nasib baik abah kasi aku pinjam kereta dia. Hehehe* Una bawa avanza so dia incharge ambik bebudak yg naik ktm apa semua tu, manakala aku amik member dari sekinchan bawak la pegi rumah Jiah dekat Sg. Gulang-gulang. Btw untuk penginapan kalau lebih 10 orang kitorg ingat nak sewa homestay kat area Sg. Burung camtu nama homestay tu D'Village Homestay. Tapi kitorg tak  lebih 10 org so mcm membazir pulak kalau duduk homestay. Finally, dalam pukul 3 lebih macam tu semua dah sampai rumah Jiah. Layanan parents dia siyes tip top. Terima kasih ayah ibu Jiah! ❤ Kitorang makan makan dulu sebab lepas asar baru start gerak. So tempat pertama kitorang pergi ialah Pantai Parit 3 yang aku tak tau pun kewujudannya sebelum ni. *rasa diri teruk gila sebab tatau tempat sendiri* Diorang semua nak tengok sunset so Jiah sebagai penunjuk arah bawak la kitorg kat Pantai Parit 3 ni and the view sangat sangat superb! Dia bukanlah pantai yang kita boleh mandi mandi tu but the sunset sangat sangat cantik kat situ. Aku macam terpesona sikit dengan kecantikan view tersebut. Ecececece.



Cantikkan?


SubhanAllah! :)


My crazy girls!❤❤

Itulah view yang kitorg tengok cantikkan? Pastu terus gerak balik rumah and mandi solat apa semua. Malam tu makan kat luar berdekatan rumah Jiah. And rezeki that night parents Jiah belanja makan! We all semua sangat berterima kasih dekat parents Jiah. They both such a nice person! For your information, ayah Jiah adalah cikgu sekolah kitorang that's why la kitorang kurang segan sikit and Cg. Rahim ajar kitorg Bahasa Melayu time PMR. Hahahaha. 


Muka happy orang belanja

Okay itu je masa hari first yg kitorg buat. Balik rumah malam tu kumpul reramai and throwback zaman sekolah. It was really nice! Unfortunately, patutnya kitorg bersepuluh tapi one of us tak boleh join last minute so sebab tu tinggal 9 je. :') Btw, most of diorang ni pindah time form 4 so memang macam throwback giler la sebab dah lama tak jumpa.

Oh lupa sebelum tengok sunset kitorang lawat member dekat SMK Dato' Harun. Dia sambung form 6. 


Epy and Marha


🍙 Second Day

Pada hari kedua kami memulakan journey kami dengan sarapan roti telur made by tak ingat sapa tapi bukan akulah hahaha. So second day ni planningnya pagi mandi kolam petang food hunting. Simple tak vacay kitorg? Haha. Sebab tujuan trip ni nak jumpa member lama and relax and spent time together gituu. So lepas bekpes apa semua gerak la pegi mandi kolam. Jeng jeng jeng! Mesti pelikkan kat area kampung pun ada kolam renang. Nama kolam tu Kolam Renang Wak Amin . Alhamdulillah sangat sebab pagi tu kolam kosong and kitorang pun menunjukkan la bakat renang masing-masing. Kolamnya takdela besar sangat but puas la nak main sampai penat. Then, apa lagi semua main macam tak ingat dunia. Choi sorang je yang tak mandi sebab dia tak nak. So dia la incharge tangkap gambar.


Main game apa entah hahaha

After penat mandi kolam kitorang pun balik rumah Jiah. Parents Jiah takde sebab kerja. Oh ya, trip ni pada hari kerja. Hehehe. So lepas dah settlekan diri masing masing kitorang makan Samyang sama sama sambil tengok cerita hantu. Benda macam ni pun buat kitorang happy. Hahaha. 

Lepas zohor, kitorang start food hunting and lawat kawan kitorang yang sambung form 6 dekat SMKA Tun Rahah, Simpang Lima. Act food hunting tak pergi pun. Friends come first! So memang berharga la memory ni. 


Confuse mana satu yg kena lawat hahaha


Kami memang suka tangkap gambar tak normal macam ni

Balik dari tengok diorang kitorang singgah rumah mak cik Jiah kat Parit 3. Belakang rumah mak cik Jiah ada sawah. Makanya, bermain di sawah la kami semua. Basikal pun ada. Act dia homestay sebab tu ada basikal apa semua. Bergilir gilir la kami naik basikal. Aku yang dah lama gian nak naik basikal ni pun tercapai la hajat. Kitorang gerak balik lewat gak dalam kul 6 lebih.



Orang lama tak naik basikal 😂



Pada malam harinya kitorang makan steamboat. Steamboat ni self-made punya bukan kat kedai tetapi dirumah Jiah. Ibu Jiah masakkan kuah steamboatnya the kitaorang dah beli la segala benda benda yg nak masuk dalam steamboat tu. Act, buat macam ni lagi best sebab jimat satu and lebih berkhasiat sebab kita tau apa yang kita bubuh dalam tu. Petangnya tu kitorang bersama sama berganding bahu menyiang udang dan sotong. And cikgu Rahim ajar aku cara nak tarik dakwat sotong tanpa pecah dakwatnya 😂. Dapat ilmu baru. Tapi memang bestla. Kitorg makan sampai semua kenyang giler.


Simple but nice :')

Tamatlah aktiviti pada hari kedua. Malam tu sambung throwback ft lagu hindustan yang di pasang oleh Jiah.

🍙 Last Day

Hari terakhir pun berkunjung tiba. Hari ketiga ni aktivitinya memang nak datang sekolah SMKA Kuala Selangor balik sebab ada sambutan hari guru. So sebagai alumni kami pun datang untuk menjenguk cikgu cikgu yang telah mengajar kami. Lepastu kononnya nak makan kat Cendol Borhan la. So lepas sarapan apa semua dalam pukul 10 kitorang gerak pergi SMKA. Ramai gak la batch kitorang yang datang tapi budak laki la. Budak pompuan sikit je campur kitorang. And rasa macam tak caya je dah besar memasing. Tapi timing kitorg macam tak cantik sangat sebab cikgu cikgu masa tu dah kena masuk dewan so dapat jumpa sekejap je. Adalah beberapa yang kitorg dapat sembang lama sikit.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Eh?!😂


Ustazah Mona and Cikgu Zaleha ❤


Tengok apa tu 👀


Sebab takde tripod stand bonet kereta pun boleh :')

Lepas dah jumpa cikgu cikgu kitorang pun gerak la pergi cendol borhan. Tapi...... Cendol Borhan tutup!. So gerak la pergi cendol bakar. Lepas dah makan kat cendol Bakar apa semua geng belah Klang ngan Shah Alam gerak balik sebab diorang nak smapai rumah Zohor.

Walaupun trip ni bukan pergi tempat tempat gah gah tapi it's really worth sebab tujuannya adalah nak spent time sama sama dengan orang yang kita sayang. Masa yang kita spent sama sama tu lah memori paling berharga buat diri kita. So kalau nak travel tak perlu nak yg mewah mewah. Sekadar benda yang dapat dibuat bersama pun sudah mencukupi. That's all I wanna share with you gais! 

Thank you for reading. Have fun reading. May Allah Bless all of you! Bye👋




8 comments:

  1. wahhh bestnya. I pun selalu jugak having steambot dgn kwn kwn. buat sendiri jugak. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Steamboat self-made lagi best kan! Hahaha boleh makan sampai puas. Pastu boleh sambung sambung lagi. Hahahaha

      Delete
  2. beshnyeee kak uyunnnnnnnnnnnnn! jelessnya hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Nanti bila korang cuti cuti buat la short trip macam ni! Simple simple pon okay. Hahaha

      Delete
  3. Memang happening.
    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  4. Memang happening.
    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  5. Seronok kann dapat spend time dengan kawan2.. anyway selamat hari raya.

    ReplyDelete
  6. wahhhh bestnye ! ttbe rase nak turn back zmn skolah .. sesapa ad doraemon nak pnjam T,T

    ReplyDelete

Powered by Blogger.